Monday, June 8, 2009

Renungan seketika..

Amal Hayati:
manusia mudah alpa pada perbuatan dan kata-katanya...manusia mudah marah dan kecil hatinya.....namun manusia jugalah yg berusaha unt memperbaiki kesilapan dan kesalahan dirinya...itulah tandanya bahawa manusia itu baharu sifatnya..boleh berubah dan diubah.Allah jua lah yang kekekal abadi selama-lamanya..hanya dgn cubaan,dugaan,rintangan yang menjadikan kita insan yng kuat dan tabah bg yang berjaya menghadapinya....
Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
"Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh-memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." HR Muslim.
Tazkirah hati.
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi... lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..
Dalam keindahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata-kata. Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
Marilah kita sama-sama menghayati renungan diatas ini..agar kita dapat memperbaiki setiap kelemahan dalam hati dan diri..
(Sesungguhnye Allah bersama dengan orang yang sabar)

No comments: