Friday, November 28, 2008

Kenangan Detik Akhir Di KLIA Bersama Keluargaku

Kenangan bersama keluarga tercinta sebelom berangkat kebumi ireland ini..
pantun;
kalau ada sumur diladang,
bolehkah saye menumpang mandi,
kalo ada umur yang panjang,
insyallah tahun depan kita jumpa lagi..
sayang.rindu untuk semua.....


RINDU MAK...SAYANG MAK...

Mak rindunyer anakmu ini dengan mu...
hari berganti hari,masa berganti masa,waktu berganti waktu,musim berganti musim tak sabar rasanye untuk aku bertemu dengan mu mak..tahun ini lah kali pertama aku tak dapak mencium tangan kedua ibu bapa aku di pagi raye..Ya Allah sedihnyer..insyallah kalo dizinkan Allah kita akan bertemu pada thun depan..setiap kali solat aku sentiasa memohon kepada Allah semoga mak dan abah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan keredhaanmu Ya Allah ..teringat aku pada suatu ketika dulu mak lah yg banyak memberi pendorong kepada aku untuk meneruskan kehidupan ini..tanpa jemu dia menemani aku kemana sahaja..dialah kekuatan aku..dia lah teman paling rapat ketika hati aku dalm kesusahan,kesedihan,kesakitandan kegembiraan...jasamu ibu tak dapat aku balas walapun dengan wang ringgit berjuta2 pun..alangkah bahagianye aku kalo ketika ini aku ad disisimu mak..bersama bergelak tawa,berceloteh kisah2..tapi ape akan daya kan..anakmu ini sememangnyer degil,keras kepala dan hati batu..kerana ingin mencari ketenangan diri sanggup aku pergi jauh meninggalkan mu mak abah..kalo tak kerana kisah2 duka ku..aku tak sanggup juga nk meninggalkan mu mak abah..mak anak2mu semuanye sayang kepadamu..kaulah wirawati dalam jiwa kami..kerna ketabahanmu,kecekalanmu dalam untuk melihat anak2mu semuanyer berjaya dan bahagia dalam hidup ,walaupun ko terpaksa hadapi berbagai dugaan yang iberikan kapada anak2mu ini..kau mampu tersenyum walaupun dalm kesedihan..bagi menghiburkan hati anak2mu yang sedang gelora..mak ...kau tak mudah melatah bila berada dalam menerima situasi begini aku sangat bangga denganmu mak..
mak ampunilah segala dosa dan segala kesalhan anakmu ini,semakin hari berlalu semakin hati ini rindu sangat kepadamu mak abah..tak sabar rasanyer untuk aku balik dan bertemu dengan mu mak abah..aku sentiasa bersyukur kerana Allah telah mengurniakan aku kedua ibu bapa yang sempurna dihati kami anak2mu..terima kasih mak abah..kami smua sayang mu..
MAK I LOVE YOU..AND I MISS YOU...

happy besday my dad(Hj Kamaruddin Bin Hj Shriff)


Semalam 27/11/2008 Abahku telah genap usianyer 57 thn,aku sedih sbb aku tak dpt nk meraikan detik itu..tp aku dtp ucapkan kepadanye melalui telifon..
Happy brithday abah..semoga dipanjangkan umor,dimurahkan rezekimu,sentiasa berada dalam naugan allah taala dan dirimu sentiasa dalam keadan sihat dan berbahagia selalu disamping anak2,menantu,cucu dan isteri tercinta..
aku sentiasa berdoa semoga mak dan abah aku sentiasa sihat,dan diberikan kekuatan dalam meneruskan kehidupan ini dan tabah menghadapi segala dugaan yang allah berikan kepada mereka..sungguh besar pengorbanan abah dalam membesarkan kami anak2nye..suka duka semua dia hadapi untuk melihat anak2nye bahagia,dialah ayah .dia lah kawan,dia lah teman akrab kepada kami anak2nye..
Abah anak2mu semuanyer sayang abah..terima kasih abah atas segala2nyer...semoga allah melimpahkan rahmat keatasmu abah...ameen....I LOVE YOU ABAH....

Friday, November 21, 2008

Jalan2 Di Drogheda...Indian Restaurant, Slane Castle,Newgrange Tumulus









LOBSTER..and RESDUNG..Ohh..NO!!


Frist time makan lobster ni memang best giler..tapi tak boleh mkn selalu..sbb isi nyer kenyalkan..boleh meyebabkan muak..tp bagi org yang sukakan nyer..takda hal punya lah kan.....yang menyedihkan aku,bila aku mknn jer Lobster ni,mulalah badan aku naik gatal2 yg tak terhingganyer..ini akibat penagan RESDUNG yang melampau giler!!.Dah lah kat msia susah nk dpt Lobster ni coz mahal tu..sampai kat sni tak boleh makan pulak...
ishh... tensionnyer....!!oh Lobster!!!! knape??..

Saturday, November 15, 2008

Cinta Sejati Langit Dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Thursday, November 13, 2008

Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.
Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.