
Wednesday, February 25, 2009
Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua : membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima : jaga sedekah setiap hari.
Keenam : jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Ketujuh : amalkan istighfar setiap saat.
* P/S Kalu x boleh buat semua, jangan tinggal semua
Thursday, February 19, 2009
~Inikah perjuangan ??~
Kamu ingin berjuang, tetapi kamu tidak mampu menerima ujian. Kamu ingin berjuang, tetapi kamu rosak oleh pujian. Kamu ingin berjuang, tetapi kamu tidak sepenuhnya menerima pimpinan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak begitu setiakawan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak sanggup berkorban. Kamu ingin berjuang, tetapi ingin jadi pemimpin. Kamu ingin berjuang, tetapi menjadi pengikut pun kamu agak segan. Kamu ingin berjuang, tetapi tolak ansur kamu tidak amalkan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak sanggup terima cabaran. Kamu ingin berjuang, tetapi kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan. Kamu ingin berjuang, tetapi masa tidak sanggup kamu luangkan. Kamu ingin berjuang, tetapi karenah isteri kamu tidak tahan. Kamu ingin berjuang, tetapi rumah tanggamu lintang pukang.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. "Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. (Pengertian Al-Quran Surah Az-Zumar,39:53-55)
Tiga Cara Wuduq Basuhan Kepala
2). Bila seseorg mengenakan serban di kepalanya, maka cukup membasuh pada serbannya. Ini berdasarkn hadis yg diriwayatkn dari Amru bin Umayyah dari bapanya, dia berkata, " Saya melihat bahwa Nabi s.a.w. membasuh serban dan khufnya. Ketika seseorg memakai serban, dibolehkan cukup membasuh serbannya dan ubun-ubunnya, sebagaimana membasuh khuf. Pendapat ini dipilih oleh Syaikh Ibnu Baz dan Ibnu Taimiyyah
3). Membasuh ubun-ubun dan serban sekaligus. Ini berdasarkn hadis yg diriwayatkn dari Al Mughirah bin Syu'bah yg menceritakan bahwa Nabi s.a.w. pernah berwuduk membasuh ubun-ubun, serbannya dan khufnya. Hal ini juga berdasarkn hadis yg diriwayatkn dr Bilal bahwa Nabi s.a.w. pernah berwuduk membasuh khuf. -Riwayat Muslim
Hadis..
Tuesday, February 17, 2009
Kenal Peribadi Melalui Tulisan
(oleh Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah)
ii. Tekanan yang ringan
Sunday, February 15, 2009
TANDA FIRASAT MENGENAI RAHSIA TAHI LALAT
1)bibir atas kanan
banyak rezeki, pandai
2)bibir atas kiri
ramai kawan, baik hati
3)bibir bawah kanan
disegani orang, ramai yg suka
4)bibir bawah kiri
pandai bicara, tak mudah kalah
5)leher kanan
cerdas, jujur, berani menderita
6)leher kiri
cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
7)leher di tengah
tercapai cita-cita
8)biji mata kanan
suka serong dan pembohong
9)biji mata kiri
pembohong tetapi baik hati
10)hujung mata kanan
baik hati, sopan santun, cerdas
11)hujung mata kiri
baik budi, murah rezeki
12)punggung kanan
agak mengalami kesulitan
13)punggung kiri
malas dan suka duduk
14)betis kanan
suka berhibur, boros
15)betis kiri
rajin,tidak suka menganggur
16)lutut kanan
bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
17)lutut kiri
kurang kuat berusaha
18)kepala sebelah kanan
terkabul cita-cita
19)kepala sebelah kiri
sering menemui kesusahan
20)kepala sebelah belakang
jujur, sabar dan tekun
21)kening kanan
cerdas dan cekap
22)kening kiri
cerdas, sopan santun
23)tengah kening
keras hati, berani segala hal
24)hujung mulut kanan
kecil rezeki, tak mudah kalah
25)hujung mulut kiri
suka berpoya-poya
26)ketiak kanan
dapat menyimpan rahsia
27)ketiak kiri
jujur, banyak yang cinta
28)pergelangan kaki kanan
suka berpergian (keluar rumah)
29)pergelangan kaki kiri
kehendak kuat
30)batang hidung
banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31)pada hidung
banyak rezeki
32)dagu bawah kanan
jujur dan baik hati
33)dagu bawah kiri
bijak sana dan berbudi luhur
34)kemaluan kanan atau kiri
baik, suka senggama
35)di kepala kemaluan (lelaki)
bakal beristeri 2
36)tumit kanan
jujur dan banyak kawan
37)tumit kiri
baik budi
38)alis kanan
suka menolong, baik hati
39)alis kiri
ramai yang suka
40)pangkal peha kanan
kemahuan kuat
41)pangkal peha kiri
suka kerja apa pun
42)telapak kaki kanan
tak mudah mengeluh
43)jari kaki kanan
suka menolong
44)jari kaki kiri
berbudi, suka berbuat baik
45)bahu kanan
cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
46)bahu kiri
suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47)buah dada kanan
baik hati, pendiam,simpan rahsia
48)buah dada kiri
ramai kawan, setia pada pasangan
49)lengan kanan
setia dan taat pada atasan
50)lengan kiri
menepati janji dan rajin
51)pipi kanan
ramai teman
52)tengah-tengah pipi kanan
ramai yg suka
53)tengah-tengah pipi kiri
ramai teman
54)ubun-ubun
kurang jujur
55)pusat
cerdas, tangkas, tekun
56)pusat bahagian kanan
sejahtera dalam hidup
57)pusat bahagian kiri
beroleh kemuliaan
58)pinggang kanan
sayang pada pasangan hidup
59)pinggang kiri
disayang pasangan hidup
60)dada kanan
dapat mengatasi masalah
61)dada kiri
berani, jujur dan sabar
62)telapak kaki kanan
tidak mudah mengeluh
63)telapak kaki kiri
baik budi pekertinya
64)siku tangan kanan
kuat ingin memiliki kekayaan
65)siku tangan kiri
baik hati, suka menolong
66)jari tangan kanan
serba beroleh keuntungan
67)jari tangan kiri
serba baik bekerja
68)jari telapak tangan kanan
banyak rezeki tapi boros
69)jari telapak tangan kiri
banyak rezeki dan cermat
70)pergelangan tangan kanan
boros, suka bersukaria
71)pergelangan tangan kiri
dapat berpangkat
72)perut bawah kanan
banyak rezeki, suka memberi maaf
73)perut bawah kiri
baik hati, tenang hidupnya
74)sudut mata kanan dalam
disayang suami atau isteri
75)sudut mata kiri dalam
tidak mudah dilupakan pasangan
76)sudut mata kanan luar
baik budi, ramai yg cinta
77)pelipis kiri
murah rezeki, dpt jadi kaya
78)pelipis kanan
serba berhasil dalam usaha
79)kelopak mata kanan atas
baik hati, ramah, berjaya
80)kelopak mata kiri atas
baik budi, ramai yg suka
81)kelopak mata kanan bawah
agak malas
82)kelopak mata kiri bawah
agak bodoh, kurang bijaksana
Ini sekadar renungan dan hiburan sahaja..kalau ada persamaan tu hanyalah kebetulan sahaja
Tuesday, February 10, 2009
Jalan2...sekitar howth..
Hari sabtu baru nicuaca cantik sgt,walaupun sejuk tak ingat punya, kami sekeluarga kuar g howth..jalan2 cari makan..sambil tu jalan
so hari ini masakan kami kat umah
hihihi..
Tuesday, February 3, 2009
Renungan Dari Sahabat Kepada Sahabat Yang Lain
INGAT LAH....
sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi bkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi...Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik...dalam berbagai-bagai peristiwa tetap sama, hanya pelakonnya sahaja yang berbeza.
SABDA RASULULLAH..
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu. Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1406 "Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir) "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, Untuknya cahaya di hari kiamat dan dia
Kadang-kadang keputusan sukar untuk dibuat... mungkin ada yang terluka atau diri sendiri yang terluka... kerana itu.. ku serahkan segalanya padaNya.... kerana ku tahu keputusan atau natijah yang datang dariNya.. adalah yang terbaik buatku dan dirinya... persahabatan atau ukhwah bagaikan tasbih ,ada awal tiada penghujung.. dicipta untuk mengingatiNya..dicantum demi dengan cintaNya, diratib demi redhaNya. bila kasih atau cinta kerana Allah... bertemu membuahkan hikmah..berpisah tidak gelisah.
KISAH RASULULLAH..
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa