Wednesday, February 25, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.W.T.

Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua : membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima : jaga sedekah setiap hari.
Keenam : jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Ketujuh : amalkan istighfar setiap saat.

* P/S Kalu x boleh buat semua, jangan tinggal semua

Thursday, February 19, 2009

~Inikah perjuangan ??~

Kamu ingin berjuang, tetapi dirimu tidak kamu tingkatkan. Kamu ingin berjuang, tetapi disiplin diri kamu abaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi janji kurang kamu tunaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi kasih sayang kamu cuaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi tetamu kamu abaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi anak isteri kamu lupakan. Kamu ingin berjuang, tetapi ilmu berjuang kamu tinggalkan. Kamu ingin berjuang, tetapi kekasaran dan kekerasan kamu amalkan. Kamu ingin berjuang, tetapi pandanganmu tidak kamu diselaraskan. Kamu ingin berjuang, tetapi rasa berTuhan kamu abaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi iman dan taqwa kamu lupakan.
Kamu ingin berjuang, tetapi kamu tidak mampu menerima ujian. Kamu ingin berjuang, tetapi kamu rosak oleh pujian. Kamu ingin berjuang, tetapi kamu tidak sepenuhnya menerima pimpinan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak begitu setiakawan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak sanggup berkorban. Kamu ingin berjuang, tetapi ingin jadi pemimpin. Kamu ingin berjuang, tetapi menjadi pengikut pun kamu agak segan. Kamu ingin berjuang, tetapi tolak ansur kamu tidak amalkan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak sanggup terima cabaran. Kamu ingin berjuang, tetapi kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan. Kamu ingin berjuang, tetapi masa tidak sanggup kamu luangkan. Kamu ingin berjuang, tetapi karenah isteri kamu tidak tahan. Kamu ingin berjuang, tetapi rumah tanggamu lintang pukang.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. "Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. (Pengertian Al-Quran Surah Az-Zumar,39:53-55)

Tiga Cara Wuduq Basuhan Kepala

1). Membasuh seluruh kepala : Ini berdasarkan hadis yg diriwayatkn oleh Abdullah bin Zaid bahawa Rasulullah s.a.w. membasuh kepala dengan kedua tangannya, dimulai dari bahagian depan teruskan sampai ke bagian belakang, kemudian dari bagian belakang diteruskan sampai ke bahagian depan. -Riwayat Bukhari dan Muslim.

2). Bila seseorg mengenakan serban di kepalanya, maka cukup membasuh pada serbannya. Ini berdasarkn hadis yg diriwayatkn dari Amru bin Umayyah dari bapanya, dia berkata, " Saya melihat bahwa Nabi s.a.w. membasuh serban dan khufnya. Ketika seseorg memakai serban, dibolehkan cukup membasuh serbannya dan ubun-ubunnya, sebagaimana membasuh khuf. Pendapat ini dipilih oleh Syaikh Ibnu Baz dan Ibnu Taimiyyah

3). Membasuh ubun-ubun dan serban sekaligus. Ini berdasarkn hadis yg diriwayatkn dari Al Mughirah bin Syu'bah yg menceritakan bahwa Nabi s.a.w. pernah berwuduk membasuh ubun-ubun, serbannya dan khufnya. Hal ini juga berdasarkn hadis yg diriwayatkn dr Bilal bahwa Nabi s.a.w. pernah berwuduk membasuh khuf. -Riwayat Muslim

Hadis..

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٍ آتَاهُ اللهُ مَـالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ، وَرَجُلٍ آتَـاهُ اللهُ عِلْمًا فَهُوَ يَعْمَلُ بِهِ وَيُعَلِّمُهُ النَّـاسَ ( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ) Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).

Tuesday, February 17, 2009

Kenal Peribadi Melalui Tulisan

Kenal Peribadi Melalui Tulisan
(oleh Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah)

Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian) Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu

Pertama : Tekanan
1.Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
~ Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
~ Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat ,Semua huruf ditulis dengan bulat
~Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
+ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp
~ Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
~ Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
~ Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak ·
~Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur ·
~Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang ·
~Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat ·
~Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna ·
~Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna ·
~Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T(t)
i. Tinggi ·
~Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah ·
~Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah ·
~Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
~ Rumusan : - Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...

Sunday, February 15, 2009

TANDA FIRASAT MENGENAI RAHSIA TAHI LALAT



1)bibir atas kanan
banyak rezeki, pandai


2)bibir atas kiri
ramai kawan, baik hati


3)bibir bawah kanan
disegani orang, ramai yg suka


4)bibir bawah kiri
pandai bicara, tak mudah kalah


5)leher kanan
cerdas, jujur, berani menderita


6)leher kiri
cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan


7)leher di tengah
tercapai cita-cita


8)biji mata kanan
suka serong dan pembohong


9)biji mata kiri
pembohong tetapi baik hati


10)hujung mata kanan
baik hati, sopan santun, cerdas


11)hujung mata kiri
baik budi, murah rezeki


12)punggung kanan
agak mengalami kesulitan


13)punggung kiri
malas dan suka duduk


14)betis kanan
suka berhibur, boros


15)betis kiri
rajin,tidak suka menganggur


16)lutut kanan
bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha


17)lutut kiri
kurang kuat berusaha


18)kepala sebelah kanan
terkabul cita-cita


19)kepala sebelah kiri
sering menemui kesusahan


20)kepala sebelah belakang
jujur, sabar dan tekun


21)kening kanan
cerdas dan cekap


22)kening kiri
cerdas, sopan santun


23)tengah kening
keras hati, berani segala hal


24)hujung mulut kanan
kecil rezeki, tak mudah kalah


25)hujung mulut kiri
suka berpoya-poya


26)ketiak kanan
dapat menyimpan rahsia


27)ketiak kiri
jujur, banyak yang cinta


28)pergelangan kaki kanan
suka berpergian (keluar rumah)


29)pergelangan kaki kiri
kehendak kuat


30)batang hidung
banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya


31)pada hidung
banyak rezeki


32)dagu bawah kanan
jujur dan baik hati


33)dagu bawah kiri
bijak sana dan berbudi luhur


34)kemaluan kanan atau kiri
baik, suka senggama


35)di kepala kemaluan (lelaki)
bakal beristeri 2


36)tumit kanan
jujur dan banyak kawan


37)tumit kiri
baik budi


38)alis kanan
suka menolong, baik hati


39)alis kiri
ramai yang suka


40)pangkal peha kanan
kemahuan kuat


41)pangkal peha kiri
suka kerja apa pun


42)telapak kaki kanan
tak mudah mengeluh


43)jari kaki kanan
suka menolong


44)jari kaki kiri
berbudi, suka berbuat baik


45)bahu kanan
cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan


46)bahu kiri
suka kerja keras, banyak tanggungjawab


47)buah dada kanan
baik hati, pendiam,simpan rahsia


48)buah dada kiri
ramai kawan, setia pada pasangan


49)lengan kanan
setia dan taat pada atasan


50)lengan kiri
menepati janji dan rajin


51)pipi kanan
ramai teman


52)tengah-tengah pipi kanan
ramai yg suka


53)tengah-tengah pipi kiri
ramai teman


54)ubun-ubun
kurang jujur


55)pusat
cerdas, tangkas, tekun


56)pusat bahagian kanan
sejahtera dalam hidup


57)pusat bahagian kiri
beroleh kemuliaan


58)pinggang kanan
sayang pada pasangan hidup


59)pinggang kiri
disayang pasangan hidup


60)dada kanan
dapat mengatasi masalah


61)dada kiri
berani, jujur dan sabar


62)telapak kaki kanan
tidak mudah mengeluh


63)telapak kaki kiri
baik budi pekertinya


64)siku tangan kanan
kuat ingin memiliki kekayaan


65)siku tangan kiri
baik hati, suka menolong


66)jari tangan kanan
serba beroleh keuntungan


67)jari tangan kiri
serba baik bekerja


68)jari telapak tangan kanan
banyak rezeki tapi boros


69)jari telapak tangan kiri
banyak rezeki dan cermat


70)pergelangan tangan kanan
boros, suka bersukaria


71)pergelangan tangan kiri
dapat berpangkat


72)perut bawah kanan
banyak rezeki, suka memberi maaf


73)perut bawah kiri
baik hati, tenang hidupnya


74)sudut mata kanan dalam
disayang suami atau isteri


75)sudut mata kiri dalam
tidak mudah dilupakan pasangan


76)sudut mata kanan luar
baik budi, ramai yg cinta


77)pelipis kiri
murah rezeki, dpt jadi kaya


78)pelipis kanan
serba berhasil dalam usaha


79)kelopak mata kanan atas
baik hati, ramah, berjaya


80)kelopak mata kiri atas
baik budi, ramai yg suka


81)kelopak mata kanan bawah
agak malas


82)kelopak mata kiri bawah
agak bodoh, kurang bijaksana

Ini sekadar renungan dan hiburan sahaja..kalau ada persamaan tu hanyalah kebetulan sahaja

Tuesday, February 10, 2009

Jalan2...sekitar howth..












Hari sabtu baru nicuaca cantik sgt,walaupun sejuk tak ingat punya, kami sekeluarga kuar g howth..jalan2 cari makan..sambil tu jalan
tgk sea lion kat situ..pastu g kat kedai book sale..best betol lah dia org jual buku 3 buah 1.00euro
tapi den tak beli lh sbb takda yg berkenan..
howth ni salah satu tempat perikanan yang ada kat dublin ni..
boleh lah tahan pasar ikan nya
banyak jugaklah pilihan..tapi mahal lah skit sbb skrg ni musim winter kan..
so hari ini masakan kami kat umah
sea food je..
puas jugak hari2 dok menatap ayam jer..samapai naik muntah dibuatnya
hihihi..

SNOW..09






kali pertama bertemu dgn snow..memang teruja jugak..bila melihat smua jln raya menjadi putih..inlah kebesaran Allah..yang mencipta alam ini..akan aku abadikan kenagan ini sampai bila2..kerana inlah kali pertama dn kali terakhir aku berjumpa denganmu..snow..



Tuesday, February 3, 2009

Renungan Dari Sahabat Kepada Sahabat Yang Lain

HAYATILAH SEMOGA KITA DAPAT KEREDAAN DARI ILLAHI..

INGAT LAH....
sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi bkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi...Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik...dalam berbagai-bagai peristiwa tetap sama, hanya pelakonnya sahaja yang berbeza.

SABDA RASULULLAH..
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu. Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1406 "Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir) "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, Untuknya cahaya di hari kiamat dan dia
Kadang-kadang keputusan sukar untuk dibuat... mungkin ada yang terluka atau diri sendiri yang terluka... kerana itu.. ku serahkan segalanya padaNya.... kerana ku tahu keputusan atau natijah yang datang dariNya.. adalah yang terbaik buatku dan dirinya... persahabatan atau ukhwah bagaikan tasbih ,ada awal tiada penghujung.. dicipta untuk mengingatiNya..dicantum demi dengan cintaNya, diratib demi redhaNya. bila kasih atau cinta kerana Allah... bertemu membuahkan hikmah..berpisah tidak gelisah.

KISAH RASULULLAH..
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa