Sunday, June 14, 2009

Ubat Dari cork...

Salam ukhwahfillah buat semua...


Terima kasih banyak2 kepada sepupu ana dari cork ...sebab bagi air n krim ini kat ana..lega rasanye..anda mau tahu apakah kegunaan air dan krim ini...???
ini lah air n krim yang dapat membantu ana mengurangkan sakit kepala yang berhari2 ana tanggung...sepupu ana ni doc kat sni..so dia kata ade kemungkinan ana mengidap darah tinggi tapi masih diperingkat awal lagi..so itu lah dia datang bawakkan ana air untuk darah tinggi yang dibuat dari bahan2 akar2 kayu diimport khas dari malaysia... dan jugak krim untuk mengurangkan ketegangan n sakit kepala..Alhamdulillah.. ade lah sedikit kekurangan..walaupun masih berdenyut2 kepala ni..tp tak lah sehebat sebelom ni..
Sebelom sepupu ana keluar nk p main golf..sempat jugak dia pesan..jaga makan..jangan makan,makanan yang berlemak,ayam,daging,telor,kacang,dan dll lah buat sementara waktu ni..adus..hari ini pulak ade tamu dari athlone..ana punya lah masak sedap2 hr ni..arggghh...... tak boleh mkn lah pulak...nasib2..tapi ana mkn jugak lh sikit buat jamah2 kata orang..huhuhu...degil2 kn???pasni ana kena makan..macam oarang pantang lah kan..huhuhu...layan je lah kn..kalo nk sehat..
Ape2 pun tq banyak2 lah kat sepupu ana ni sanggup datang jauh2 bawakan ubat untuk ana n melawat ana sekali ....buat sepupu ana ni insyAllah panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi...

Wednesday, June 10, 2009

Pening Kepala..

Salam ukhwahfillah buat semua..

"SUP TULANG"!!wah sedap tu kan..
sape yang tak suka kn makan sup tulang kan..majoriti rakyat mesia semua memang suka dengan sup tulang kan..tapi itu lah yang meyedihkan nye..kerana sup tulang ni lah..telah buat ana pening kepala sangat2 sampai tak boleh berpikiran waras dah ni ...ana pun tak tahu kenape?dan mengapa?mukinkah ana dah mula menerima penyakit darah Tinggi??huhuh...sedih2..terlalu awal bagiku menerimanya..selalu ok je ana mkn sup tulang ni..setahu ana yg tak boleh mkan kambing..kalo ana mkn je daging kambing terus tumbang...mukin sup tulang kali ni banyak lemak kot..sebab tu ana pening2 kot....ana pulak kalo ngn sup2 ni memang mcm berhantu sikit..suka sgt2 nilah mknan kegemaran ana dari dulu..huhuh.. dah ni ana terima award dari sup tulang huhuhu..dalam pening pun sempat lagi dok menulis..bukan ape sambil menunggu magrib kan..kalo tido jwabnye........???harap2 cepat2lah ok pening ni kan...:((

Monday, June 8, 2009

Renungan seketika..

Amal Hayati:
manusia mudah alpa pada perbuatan dan kata-katanya...manusia mudah marah dan kecil hatinya.....namun manusia jugalah yg berusaha unt memperbaiki kesilapan dan kesalahan dirinya...itulah tandanya bahawa manusia itu baharu sifatnya..boleh berubah dan diubah.Allah jua lah yang kekekal abadi selama-lamanya..hanya dgn cubaan,dugaan,rintangan yang menjadikan kita insan yng kuat dan tabah bg yang berjaya menghadapinya....
Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
"Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh-memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." HR Muslim.
Tazkirah hati.
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi... lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..
Dalam keindahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata-kata. Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
Marilah kita sama-sama menghayati renungan diatas ini..agar kita dapat memperbaiki setiap kelemahan dalam hati dan diri..
(Sesungguhnye Allah bersama dengan orang yang sabar)

Thursday, June 4, 2009

~JIKA DAN KALAU~

~JIKA~
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri S
tatus berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati...
~KALAU~
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA.

Biarlah jika janganlah kalau...

KATA KAWAN SAYA.."MENGENAI KENTUT"

~Kata kawan saya~
"Cinta ibarat kentut, makin dipendam makin gelisah, bila dilepaskan dengan kuat dengan bau-bau yang hebat...ahhh... fuyooo...lega tak terkata, nikmat tak terhingga"...hahaha ...

~Kata kawan saya~
Adakah kentut itu membahagiakan?... Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat-kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru-biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???" Dan secara Atomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

~Kata kawan saya~
Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata "Tak senonoh la. " sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka. Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok.bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

~Kata kawan saya~
Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati.kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu. Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda. Kesimpulan: Kentut itu membahagiakan. .anda setuju???

~Kata saya pulak~
Tak pernah pun ana terpikir kentut ini mempunyai banyak keistemewaanye dan tarikannye..hehehe..bila kawan ana bagi mesej mengenai kentut..tertarik pulak untuk berkongsi dengan pembaca semua..tapi kita jangan lupa..perkara seperti ini adekalanye boleh mendatangkan dosa dan aib kepada kita..jadi,kalau nak kentut tu biarlah bersopan sikit,hormatilah org disekeliling kita...agar kita dapat menjaga tatasusila kita dihadapan khalayak ramai...:)