Thursday, February 19, 2009

~Inikah perjuangan ??~

Kamu ingin berjuang, tetapi dirimu tidak kamu tingkatkan. Kamu ingin berjuang, tetapi disiplin diri kamu abaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi janji kurang kamu tunaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi kasih sayang kamu cuaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi tetamu kamu abaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi anak isteri kamu lupakan. Kamu ingin berjuang, tetapi ilmu berjuang kamu tinggalkan. Kamu ingin berjuang, tetapi kekasaran dan kekerasan kamu amalkan. Kamu ingin berjuang, tetapi pandanganmu tidak kamu diselaraskan. Kamu ingin berjuang, tetapi rasa berTuhan kamu abaikan. Kamu ingin berjuang, tetapi iman dan taqwa kamu lupakan.
Kamu ingin berjuang, tetapi kamu tidak mampu menerima ujian. Kamu ingin berjuang, tetapi kamu rosak oleh pujian. Kamu ingin berjuang, tetapi kamu tidak sepenuhnya menerima pimpinan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak begitu setiakawan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak sanggup berkorban. Kamu ingin berjuang, tetapi ingin jadi pemimpin. Kamu ingin berjuang, tetapi menjadi pengikut pun kamu agak segan. Kamu ingin berjuang, tetapi tolak ansur kamu tidak amalkan. Kamu ingin berjuang, tetapi tidak sanggup terima cabaran. Kamu ingin berjuang, tetapi kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan. Kamu ingin berjuang, tetapi masa tidak sanggup kamu luangkan. Kamu ingin berjuang, tetapi karenah isteri kamu tidak tahan. Kamu ingin berjuang, tetapi rumah tanggamu lintang pukang.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. "Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. (Pengertian Al-Quran Surah Az-Zumar,39:53-55)

2 comments:

Anonymous said...

wahhhhhhhhhhh..dah maju kedepan skg.
bagus2 terus kan berkarya,,

anna said...

anna sentiasa maju teruskan mengikutinyer k..hahaahah