Thursday, March 19, 2009

TANDA-TANDA HAMBA KESAYANGAN ALLAH

1.Rasulullah bersabda: "Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya,Ia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,dan sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya,ia tidak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga ia membalaskannya nanti pada hari kiamat." Riwayat Tabrani Sebahagian dari tanda kesayangan Allah kepada hambaNya ialah Ia mempercepatkan balasanNya di dunia lagi agar manusia itu insaf dan dapat memperbetulkan kesalahannya serta kembali ke jalan yang benar.Sebaliknya tanda bagi orang yang dibenci oleh Allah, akan dibiarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat dan mereka terus lalai dan lupa di dunia ini. Setiap mukmin sepatutnya menerima segala kesusahan yang berlaku di dunia ini dengan redho yang mungkin ianya sebagai hukuman yang diturunkan Allah kerana kesalahan dirinya,atau mungkin sebagai satu dari tanda kesayangan Allah.Adalah lebih baik jika kita menerima hukuman atas kesalahan kita di dunia ini lagi agar kita insaf dan berkesempatan bertaubat bertaubat kerana balasan di akhirat adalah lebih dahsyat serta tidak ada ruang lagi untuk bertaubat. Elakkanlah dari mengeluh dan berdukacita bila Allah timpakan kesusahan dan kepayahan di dunia ini.
2.Sabda Rasulullah: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya,ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus,dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat." Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr Apabila Allah kasihkan seseorang hambaNya Ia akan membuka hatinya menjadikan ia cinta kepada Allah,kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang teguh. Dengan itu ia akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad,takabbur,ria, ujub, dendam marah dan sebagainya.Kesan dari ini ia akan bercakap benar sahaja.Seterusnya ia akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah;telinga yang cintakan nasihat yang benar. Marilah kita memeriksa diri,apakah kita mempunyai tanda-tanda kesyangan Allah ini seperti yang disebutkan oleh Rasulullah dalam dua hadis di atas. AKHLAK MUSLIM Sabda Rasulullah: "Bertakwalah kepada Allah dan jangan sedikit pun memandang kecil kepada kerja kebajikan walaupun sekadar mencurahkan air dari timba ke dalam bekas orang yang meminta air dan menemui saudara dengan muka yang riang. Jauhilah melabuh-labuhkan pakaian kerana melabuhkan pakaian itu dari sifat takbur,satu sifat yang tidak disukai Allah.Andainya ada orang yang memaki dan mencaci denga sifat yang tidak ada pada kita,maka janganlah mencacinya dengan sifat yang ada padanya,biarlah ia yang menanggung padah dan kita mendapat pahalanya dan janganlah memaki seorang yang lain. Riwayat At Tayalisi dari Jabir bin Sulaiman Dari hadis ini dapat dipetik beberapa akhlak muslim yang lahir dari ketakwaannya. Antaranya ialah: Tidak memandang rendah atau kecil kerja kebajikan yang walaupun mudah kerana ia sentiasa mengintai untuk melakukan kebajikan.Bandingan yang dibuat adalah seperti menuangkan air dalam timba orang lain. atau memandang orang lain dengan senyuman juga menjadi amal kebajikan. Tidak berpakaian yang melambangkan rasa takabbur. Mestilah bersikap berlapang dada dan bersabar atas maki hamun dan cercaan serta umpatan orang lain . Sabda Rasulullah: "Jagalah diri dari perkara yang haram nescaya kita akan menjadi manusia yang ‘abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada kita nescaya kita akan menjadi manusia yang kaya,berbudilah kepada jiran kita nescaya kita akan menjadi mukmin yang sebenar,dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai oleh kita untuk diri sendiri nescaya kita akan menjadi seorang muslim yang sebenar,dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa mematikan hati." Riwayat Imam Ahmad Dalam hadis di atas disenaraikan lagi beberapa akhlak muslim: Menjauhi perkara yang haram. Kesanggupan menolak perkara yang haram mencerminkan darjah keimanannya kepada Allah. Merasa mencukupi dan memada dengan apa yang dikurniakan Allah setelah berusaha,menyebabkan ia merasa dirinya kaya.Dia tidak memburu sesuatu yang melampaui batas kemampuan. Berbaik dengan jiran yang merupakan asas kepada kekukuhan persaudaraan Islam dan membentuk kekuatan masyarakat Islam. Menyintai orang lain seperti menyintai dirinya sendiri.Ia tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada orang lain sama seperti ia tidak mahu perkara tersebut berlaku pada dirinya. Jangan banyak ketawa kerana banyak ketawa yang berlebihan akan mematikan hati.Hidupnya sentiasa mengingat keseronokan dan hiburan sedangkan mati menunggu di hujung kehidupan. SABAR PADA KEMATIAN ANAK Sabda Rasulullah: Apabila mati anak seorang hamba Allah,maka Allah bertanya kepada malaikatNya,"Kamu mengambil nyawa anak hambaKu?".Jawab mereka,"Ya".Allah bertanya lagi,"Kamu mengambil buah hatinya?"Jawab mereka,"ya".Allah bertanya pula,"Apa kata hambaKu itu?".Ia berkata: Alhamdulillah!Innalillahiwainna ilai hiro jiuun"Lalu Allah memerintahkan ,"Dirikanlah untuk hambaKu itu sebuah rumah dalam syurga dan namakan Rumah Sanjungan(Baital Hamd) Sesungguhnya ganjaran bagi mereka yang anaknya diambil kembali ke sisi Allah adalah besar sekiranya mereka bersabar dan reda dengan kehendakNya.

No comments: