Bahan-bahan
1.1/2 ekor ayam
2.garam
3.kunyit
4.1 sudu rempah kari ayam
5.3 ulas bawang putih
6.1 inch halia
7.bawang besar
8.cili kering
9.madu
10.gula merah
11.sos/tomato puree
12.air
Cara-cara
~~Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
~~Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
~~Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
~~Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
~~Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
~~Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.
No comments:
Post a Comment